Sunday, February 2, 2014

Kansai, Japan 2013 : #13 - Shinkansen | Kura Sushi | HEP Five Ferries Wheel



Ohayōgozaimasu!!! 


Bersambung dari entry sebelomnya. 


Ayuhh~ sikit je lagi nak abes entry Japan ni, then aku boleh tutup buku sampai bila-bila takpun sampai ada duit untuk jejak kaki ke Jepun nih! InsyaALLAH... berangan tak salahkan? 


Sejurus daripada melawat Kinkaku-Ji Temple tu, terus kitaorang balik ke hostel untuk simple lunch dan jugak shalat zohor sebelom berangkat menuju ke train station untuk pulang semula ke Osaka. 


Istimewanya kali ni, instead of naik normal train ke Osaka, kitaorang mengambil pilihan untuk merasa naik bullet train atau nama femes kat sini tentulah Shinkansen. Walaupun tak dapat naik untuk jarak perjalanan yang jauh sebagai contoh Osaka - Tokyo, dapat naik dari Kyoto - Osaka pun lebih daripada bersyukur. Ianya lebih kepada nak merasa macam mana rasanya. That's all... not more than that. Thanks to Chawanna sebab kasik suggestion ni. 














kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 1

penghibur jalanan


Dari hostel, kitaorang terus bergerak ke hentian bas untuk amek bas menuju ke Kyoto Station. Ada beberapa nombor bas yang boleh digunapakai untuk menuju ke Kyoto Station antara bas yang bernombor 100. Naik je bas sebab masih lagi guna Kyoto City Bus Pass tu. Kalo naik train, kene bayar tiket lain pulak. Sayang duit. 


Actually, ada satu insiden yang lawak berlaku time tengah tunggu bas kat area Gion tu. Yela, masing-masing dengan bag besar kat atas bahu tu. Time tengah tunggu bas tu, ada la lalu sekumpulan makcik-makcik macam pelancong gitu. Kalo kat Jepun ni, kadang-kala mana nak perasan samada orang tu chinese or japanese. Muka sepesen je, pukul kira japanese semua. Hahah then, ada sorang auntie yang macam excited terlebih bila tegur MasMZ like macam ni "are you malaysian?" of course la we would say "Yes!" dan tak semena-mena auntie tu buat High-5 dengan MasMZ depan-depan orang ramai! Happy dia jumpa orang malaysia. Dia dari Johor. Hahaha. 


Honestly speaking, bila travel tak brape nak banyak ni. Aku noticed la kan.. ada segelintir ummah melayu ni agak sedikit kekwat kalo terjumpa ummah melayu lain. Aku pun kadang-kadang nak try senyum, tapi bila terpandang semacam muka kelat macam pisang tu terus turned-off. It's either malu nak senyum ataupun betol-betol kekwat. Tapi berbeza kalo terjumpa kaum lain macam India atau Cina, they are very excited to see us i mean Malaysian abroad. Situasi sama macam makcik kat atas tu. You can see how excited she was. Hahah okla malas nak cakap lebih-lebih sebab aku pun kadang-kala memang sengaja buat kekwat. Dah ko kekwat, aku buat lebih lagi. Mampoo? Hahahah. 


Ok berbalik kepada perjalanan nak naik shinkansen menuju ke Osaka. 


Sampai je Kyoto Station yang superbesar dan crowded tu, terus follow signboard menuju ke Shinkansen punya laluan sebab kat situ akan ada kaunter jual tiket. Macam kitaorang ni, memang takde book in advance pun sebab boleh beli tiket unreserved seats terus dari kaunter. 














kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 2

platform entrance untuk shinkansen












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 3

kaunter tiket untuk beli tiket shinkansen



Mula-mula tu macam agak blur jugakla samada nak beli kat mesin ataupun over the counter. Bila ditengokkan mesin tu macam takde bahasa inggeris, terusla beratur kat kaunter tu. Papehal, direct interact with other human. Kang dengan mesin, satu hape pun tak jalan. Ahaks. 






Ok, part ni aku dah lupa samada perlu ke tak tunjuk passport time beli tiket. Tapi aku senang cakap, kitaorang collect passport masing-masing dan tunjuk kat pegawai yang kata nak pegi ke Shin-Osaka via shinkansen. Then, nanti pegawai tu akan tanya samada dah buat reservation or not. Since kami takde buat pape booking, dia terus proceed with unreserved seats. Tiket yang berharga 1,380yen/pax untuk perjalanan lebih kurang 10 minit menuju ke Shin-Osaka Station. Kalo naik normal train dalam 45 minit camtu. 






Nanti pegawai tu akan terangkan untuk naik gerabak nombor brape sebab tak semua gerabak boleh naik ye, sebab ade yang reserved dan jugak unreserved coaches. 















kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 4

tiket Shinkansen






Masing-masing dah excited nak naik shinkansen ni walaupun muka abes kepenatanlah! 






Ayuh ke platform! 






Shinkansen yang kitaorang akan naik ni adalah jenis Hikari bukanlah yang paling laju kalo tak silap aku. Kat stesen ni, ada jenis Nozomi, Hikari dan jugak Mizuho. Perbezaan antara ketiga-tiga ni adalah dari segi hentian yang train ni akan stop. Nozomi hanya stop pada stesen yang besar-besar je (main station), Hikari akan stop kat stesen yang bersaiz besar dan jugak medium. Manakala jenis Mizuho pulak akan stop kat semua stesen. 






Tunggu tak lama sebab kekerapan agak tinggi dan ketepatan masa tu amatlah bagus. 















kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 5

shinkansen series N700 yang kitaorang naik












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 6

muncungnya yang macam platipus












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 7

orang sedang menunggu shinkansen masing-masing












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 8

jom naikkk! 












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 9

dalam gerabak unreserved seats, boleh duduk mana-mana pun






Perasaan naik shinkansen? Untuk jarak perjalanan yang dekat ni, kita takleh nak rasa shinkasen ni bergerak laju lebih kurang 300km/j. Unless, untuk jarak perjalanan yang jauh seperti Tokyo - Osaka, baru dapat rasa kelajuan yang sebenar. Tapi bila naik ni, memang best la sebab tak rasa pun gegaran whatsoever. Smooth journey orang kata. Duduk pun tak sempat nak panas bontot gebu, dah sampai kat  Shin-Osaka station. 






Teruslah menuju ke hotel yang sudah dibooked ---> REVIEW 






Owh ya.. lupa nak bagitau. Kat stesen Shin-Osaka ni jugaklah kitaorang beli Osaka 2-Days Pass kat information centre. Time ni, giler babeng penat sebab nak carik kat mana letaknya information centre ni. Tanya orang tu, tanya orang ni, akhirnya jumpa gak. Harus ingat ya, kalo nak beli Osaka Day Pass ni kene tunjuk passport sebab ianya untuk tourist sahaja. Kitaorang beli 2 days pass yang berharga 2,700yen/pax. Kat dalam ni ada banyak kupon untuk masuk ke tourist attractions secara percuma dan jugak subway jugak termasuk skali. 






Untuk info lanjut berkaitan Osaka Day Pass ---> HERE 






Time beli pass tu, sempat tanya kat mana kami boleh makan sushi yang sedap dan murah i mean local selalu pergi. Pegawai tu siap tulis atas kertas dalam bahasa jepun lebih kurang macam ni ayat dia "we do not eat any kind of meat, but we can eat only seafood". Nanti senangla just tunjuk kertas tu. Hahaha. 






kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 10



kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 11






Taknak buang masam punya pasal, lepas je letak beg dalam bilik, terusla kitaorang terjah destinasi pertama untuk hari ni di Osaka. Nak naik ferries wheel. Dalam buku kupon tu, ada tunjuk lokasi-lokasi menarik yang boleh kita cover secara percuma. Ada a few ferries wheel yang boleh kita try, since dah ade kat city naik je HEP Five Ferries Wheel yang terletak diatas sebuah bangunan setimggi 8 tingkat. Dan warna ferries wheel ni adalah warna merah! Terletak berhampiran Umeda Station. 






Dalam buku panduan tu jugak ada ditunjukkan cara "how to get here". So, faham-faham sendiri la ye. Hiks. 















kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 12

dari jauh dan dari luar



kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 13












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 14

excited sampai terkencing? hahahah



kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 15



kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 16



kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 17






Naik benda alah tu ade la dalam 15 minit kot tak silap aku, tapi okla not bad dapat tengok view waktu malam sekitar Osaka ni. Warna-warni and padat! 






Next? Cari apa? Carik sushi la uols! Kalo datang Jepun, takkan taknak try authentic sushi kan? 






Dah tanya awal-awal tadi, ada satu kedai sushi ni berdekatan dengan Umeda Station namanya Kura Sushi. Berbekalkan map yang ada kat tangan ni, kitaorang menuju ke Sun Route Umeda Hotel sebab kedai sushi ni terletak kat ground floor hotel ni. Katanya femes la dengan sushi berharga 105yen/plate dan menjadi pilihan ummah lokal kalo nak makan sushi. 






Tengah jalan tu... dalam 15 minit jugak nak sampai ke kedai sushi tu. Ternampak pulak kedai H&M masukla kejap sebab Masmz gian nak beli jaket baru katanya... alih-alih.. 















kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 18

ce teka kaki sape ni? hahahah






Yang tu, kita simpan dulu. Nak cakap pasal dinner bersushi nih! 






Actually, aku rasa jauh jugaklah kitaorang menapak nak carik kedai sushi ni, tanya orang banyak kali untuk dapatkan kepastian. Dan akhirnya... sampai jugak! Malam tu agak sejuk ye. 






kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 19












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 20

signboard kedai - Kura Sushi






Direction untuk sampai ke sini:






left out subway Midosujisen Nakatsu Sta, No. 4 exit and turn left at the first, (about 5 minutes walk) 1F appear in front of the "Sunroute Umeda"  in the form of look to the left Hankyu Osaka Station (on the side opposite to the Yodobashi Camera) to the north go to the right front (Hankyu International Hotel) When you see Umeda, traffic lights turn right, (about a 15-minute walk) 1F appear in front of the "Sunroute Umeda"






Kalo korang tak tau jugak? Aku suggest bawak 1 map, dan tandakan kat mana SunRoute Umeda Hotel tu, then tunjuk kat pegawai yang mana-mana jumpa tepi jalan kata nak pegi ke hotel ni. Confirm tak sesat. Okeh? 






Ingatkan bila dah sampai tu, boleh la terus masuk dan makan. Tapi tidakkk ye... ada waiting list bagai! Adala dalam 30 minit ke sejam baru kitaorang dapat makan! Hayohhh... femes sangat tempat nih! Sebab gigih nak makan jugak, tercongokla kitaorang kat depan kedai tu, sebab kerusi kat dalam dah penuh untuk menunggu. Nasib baik handphone banyak bateri lagi, powerbank jangan dilupai ye. Ada buat video, camwhore dan jugak main candycrush! Hahaha okla dapat buang masa... 






kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 21



kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 22






Time book meja tu, akan diberikan nombor giliran. Nasib baik pekerja kasik nombor tu dapat speaking english skit-skit kira aci faham je. Tapi part nak memanggil nombor giliran tu jenuh nak tau betol ke tak. Alih-alih everytime pekerja panggil nombor seterusnya, aku terus angkat kertas yang diberikan. Yela, mana faham.. so, kita buat style orang tak faham bahasa. Hahaha... 






Akhirnyaaa... sampailah giliran kitaorang! Dapat meja terusla diberikan taklimat oleh pekerja. Tapi jangan risau, dorang kasik 1 kertas penerangan dalam bahasa inggeris dan jugak menu sushi ape yang ada dalam bahasa inggeris termasuk gambar! Senang ler nak makan yang mana. 






Secara jujur, memang ada menu sushi berdaging babi tapi daripada 30+ menu sushi, yang ada berdagingkan pork hanya 2-3 jenis je. Okla janji takyah amek yang jenis tu. Yang lain, boleh makan insyaALLAH... 















kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 23

sushi udang rebus - 105yen/plate. sedappp yang nih! 












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 24

jenis-jenis sushi yang kitaorang makan, ada sotong, ketam, telur dan jugak jenis tuna, semua sedapppp yang amattt! 



kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 25












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 26

serbuk green tea kalo nak minum












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 27

menu dalam bahasa inggeris












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 28

pinggan aku, makan paling banyakkk sekali untuk 1st timer macam aku. hiks












kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 29

boleh bayar secara asing-asing jugak no hal






Makan memang bersunguh malam tu, masing-masing amat berpuas hati dengan rasa sushi dan jugak harga. Sebab semua sushi adalah berharga 105yen/plate. Antara yang termurah kalo nak makan, dan memang menjadi tempat pilihan ummah lokal kalo nak makan sebab tu ramai. Sushi dia memang bagi aku sedapppp walaupun aku actually first time makan sushi. Hehehe. 






Malam tu dah abes makan, sempat singgah dulu ke Hard Rock Cafe takut esoknya tak sempat nak singgah. Time tu dah lebih kurang 10 malam, ingatkan dah tutup yela jalan dah senyap sunyi kat kawasan sekitar tu. Tapi tak tutuppp lagi.. sempatlah masuk shopping kejap. Hiks. 






kansai japan 2013 13 shinkansen kura sushi hep five ferries wheel 30






Malam tu tido dengan kegembiraan... 






Esok last day untuk explore Osaka. Harap-harap cuaca best! 






Till then.. 






Bye!







No comments:

Post a Comment